Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis menerima cenderamata semasa Majlis Perasmian Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 Siri ke-7 (Bil.2/2024) di Hotel Simanggang Sri Aman pada Khamis. Foto TVS

Pemimpin KMKK semai integriti JKKK kepada masyarakat – Francis

SRI AMAN, 7 Mac: Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum (KMKK) berperanan dalam memastikan integriti Jawatankusa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, pemimpin KMKK perlu terlebih dahulu menjadi contoh sebagai individu yang berintegriti sekiranya mahu mewujudkan sebuah kesatuan masyarakat yang amanah dan bertanggungjawab.

Justeru itu, katanya ilmu dan pengetahuan yang diperoleh daripada kursus intergriti kepimpinan masyarakat harus dikongsi kepada seluruh kepimpinan JKKK kawasan agar mereka dapat turut sama menjadi seorang yang berintegriti.

“Sebagai pemimpin KMKK yang sudah kursus ini kita kongsi pengalaman dan maklumat yang sudah dipelajari kepada rakyat supaya JKKL kita sama berintegriti begitu tuai rumah.

“Kalau kita ketua masyarakat, penghulu, pemancar yang tidak berintegriti macam mana tuai kampung tuai rumah nak berintegriti jadi kita ini perlu menjadi contoh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 Siri ke-7 (Bil.2/2024) di Hotel Simanggang Sri Aman pada Khamis.

Francis berkata, institusi KMKK merupakan tunjang utama kepada kesinambungan sosiobudaya, ekonomi dan kesejahteraan penduduk setempat tidak kira sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Institusi tersebut juga turut berperanan sebagai penghubung antara masyarakat dan Kerajaan terutamanya dalam aspek penyampaian maklumat serta memberi contoh terbaik kepada rakyat berkiatan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri Sarawak.

Seramai 38 orang KMKK dari Daerah Sri Aman menyertai Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 Siri ke-7 (Bil.2/2024).

Antara pengisian bagi kursus Siri ke-7 itu termasuk Sesi memahami institusi Kmkk, mempelajari apa itu intergriti, dan sesi mengetahui KMKK sebagai Ikon integriti. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan