Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mas Ermieyati Samsudin (empat dari kanan) selepas mengadakan sidang media bersama ahli PAC di Parlimen hari ini. Foto, Connie Grace (TVS).

Parlimen: Rizab LTAT berbaki negatif, PAC akan panggil pengurusan

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam tempoh terdekat susulan pendedahan penyata kewangannya yang membimbangkan.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya diberikan taklimat oleh Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Radzi semalam berkenaan Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 semalam.

Katanya,selain LTAT, PAC juga diberi penjelasan mendalam berhubung penyata kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).

“Ketua Audit Negara senaraikan tiga agensi yang perlu diberi perhatian oleh PAC berikutan terdapat masalah dalam Penyata Kewangan 2022 namun PAC membuat keputusan untuk memanggil LTAT terlebih dahulu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan bahawa rizabnya berbaki negatif sekali gus menimbulkan persoalan kemampuan mereka untuk membayar dividen kepada pencarum,”katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Mas Ermieyati, antara yang akan dipanggil termasuklah tiga pengurusan tertinggi yang meletak jawatan iaitu bekas Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan Strategik.

“Jawatankuasa ini juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Menteri Pertahanan selaku menteri yang bertanggungajwab terhadap LTAT memandangkan isu ini amat kritikal kerana membabitkan 122,935 pencarum yang terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga 13 Mac 2023,” katanya.

Berkenaan FELDA dan PR1MA, beliau memaklumkan keputusan akan dibuat selepas prosiding LTAT. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan