Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan pemeriksaan di 3,099 premis sempena Op Pantau.

Parlimen: Op Pantau dilaksanakan di semua bazar Ramadan

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Op Pantau akan dilaksanakan bermula pada 12 Mac ini di setiap bazar Ramadan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga secara tidak munasabah, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata, seramai 2,300 anggota penguatkuasa akan terlibat dengan operasi berkenaan.

“Kita berharap agar peniaga tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga secara tidak munasabah,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Isam Mohd Isa (Barisan Nasional – Tampin) yang ingin mengetahui sama ada berlaku pemantauan serta tindakan tegas KPDN terhadap peniaga yang menaikkan harga.

Sementara itu, Fuziah memberitahu, KPDN menyasarkan 40 peratus peniaga di 60 bazar Ramadan Rahmah dapat menawarkan menu Rahmah.

“Kerajaaan akan memberi insentif sebanyak RM50 kepada peniaga yang menawarkan menu Rahmah dan insentif e-Wallet RM20 kepada pengunjung untuk membeli dengan harga yang murah,” katanya.

Tambah Fuziah, di setiap lokasi bazar Ramadan, sebanyak 2,000 e-Wallet akan disediakan untuk membantu pengunjung. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan