Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPDN merekodkan peningkatan ketara jumlah aduan pengguna membabitkan barang keperluan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.Foto hiasan, Envato.

Parlimen: KPDN rekod peningkatan mendadak aduan pengguna

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan peningkatan ketara jumlah aduan pengguna yang diterima dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Timbalan Menteri di KPDN, Fuziah Salleh berkata, pada 2022 sebanyak 29,265 aduan diterima dan meningkat kepada 43,347 pada tahun lepas.

Katanya, aduan dibuat menerusi tujuh platform yang disediakan termasuklah kod QR, aplikasi WhatsApp, portal e-aduan, pusat panggilan dan aplikasi Ez Adu.

“Sejak Kerajaan Perpaduan ambil alih, kita lakukan pelbagai advokasi supaya berlaku usaha meremajakan sistem aduan dan aduan boleh dibuat dengan lebih mudah (oleh itu) kita lihat aduan meningkat dua kali ganda,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Isam Mohd Isa (Barisan Nasional – Tampin) yang ingin tahu penglibatan pengguna di platform aduan yang disediakan oleh kerajaan.

Sementara itu Fuziah memaklumkan, statistik aduan melibatkan harga yang dicatatkan pada tahun lepas ialah sebanyak 8,410 manakala pada tahun ini sehingga 29 Februari pihaknya menerima sebanyak 1,624 aduan.

“Bagi aduan bekalan melibatkan bekalan seperti minyak dan gula pula, sebanyak 2,265 aduan telah diterima manakala aduan iklan mengelirukan pada tahun lepas sebanyak 2,608,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan