Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan golongan pertengahan Bumiputera menjadi fokus Kerajaan Persekutuan untuk diperkasakan bagi menjana ekonomi negara. Foto, Bernama.

Parlimen: Golongan pertengahan Bumiputera akan diperkasa

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Golongan pertengahan Bumiputera menjadi fokus Kerajaan Persekutuan untuk diperkasakan bagi menjana ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Jelas beliau, golongan itu mampu mencipta nilai kepada ekonomi dengan membina perniagaan serta meningkatkan pendapatan dan bukan hanya bergantung kepada pekerjaan bergaji sahaja.

Usaha ini katanya akan dapat mengukuhkan daya saing dalam pelbagai bidang dan sektor.

“Tumpuan juga (diberikan kepada) penskalaan, pembangunan bakat, meningkatkan pendapatan dan menoktahkan kemiskinan tegar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (Pakatan Harapan – Wangsa Maju) yang ingin tahu arah dan pendekatan baharu yang dirancang oleh kerajaan susulan penganjuran Kongres Ekonomi Bumputera 2024 (KEB2024) baru – baru ini untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi Bumiputera.

Sementara itu Rafizi berkata, golongan pertengahan Bumiputera tidak setara berbanding golongan pertengahan bukan Bumiputera kerana mereka berada di dalam profesion bergaji.

“Untuk menggalakkan kelas pertengahan Bumiputera mencipta nilai, maka kita perlu beralih dari mobilisasi kapital yang bergantung kepada agensi kerajaan kepada mobilisasi kapital yang berkitar di kalangan golongan profesional, menengah dan atasan Bumiputera.

“Sebab itu tumpuan sepatutnya lebih kepada membina ekosistem, dari segi undang-undang, insentif percukaian, pembinaan bakat pelaburan di kalangan kelas tengah profesional,” katanya.

Rafizi turut memaklumkan sidang dewan yang kesemua input ketika sesi libat urus KEB2024 pada 29 Februari hingga 2 Mac akan dicerakin untuk diterjemahkan ke dalam Hala Tuju Agenda Baru Pemerkasaan Bumiputera.

“Pelan Jangka Panjang Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera yang lebih segar dan inklusif tanpa meminggirkan peranan oleh semua etnik di Malaysia akan dirangka untuk tempoh 10 tahun akan datang dan dijangka diluncurkan pada Jun 2024,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan