Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan keretakan serius pada bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Muda Pakeri di Paloh, Sarawak menyebabkan sekolah itu diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan.

Parlimen: Bangunan sekolah di Tanjong Manis tidak selamat, kantin jadi bilik darjah sementara

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Masalah keretakan serius pada bangunan utama Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Muda Pakeri di Paloh, Sarawak menyebabkan ia diisytiharkan tidak selamat untuk digunakan.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, penilaian itu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Kata beliau, proses penyuraian murid sedang diuruskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan dijangka akan selesai sebelum musim persekolahan yang akan datang.

“Beberapa bangunan seperti kantin, asrama dan kontena akan digunakan sebagai bilik darjah gantian sementara,” katanya ketika membentangkan Usul Junjung Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu, Yusuf menjemput Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk melawat sekolah berkenaan dan beberapa sekolah di kawasannya yang dikategorikan sebagai sekolah daif.

Sementara itu Yusuf memaklumkan, di kawasan beliau terdapat kira-kira 20 buah sekolah yang memerlukan perhatian daripada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk dibaik pulih.

“Kalau saya nak sebut satu persatu nama sekolah-sekolah tersebut, terlalu panjang senarainya,” katanya.

Di Tanjong Manis katanya, majoriti sekolah sudah berusia lebih 50 tahun.

“Struktur bangunan sekolah – sekolah ini diperbuat daripada kayu dan papan yang jangka hayatnya tidak kekal lama,” katanya.

Yusuf turut mendedahkan keadaan SK Penibong dan SK Serdeng juga sudah tidak selamat susulan projek pembinaan blok kelas baharu terhenti sejak beberapa tahun lepas.

“Kontraktor meninggalkan tapak projek atau ditamatkan kontrak oleh kerajaan kerana gagal menyiapkan projek seperti dijadualkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan