Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian antara kedua-dua syarikat sebagai tanda komitmen untuk berkongsi kepakaran dan pengembangan perkhidmatan di Sarawak. Foto TVS

Media rakan strategik kerajaan, salur maklumat tepat PCDS 2030 – Abdullah Saidol

KUCHING, 7 Mac: Media disarankan bergiat aktif menyebarluaskan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030) agar kerajaan dapat mencapai hasil yang dihasratkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, peranan media sebagai rakan strategik amat signifikan untuk menyampai dan memberikan kefahaman mengenai PCDS2030 kepada orang ramai.

“Ini sangat signifikan kerana ia bakal meningkat penjenamaan strategi PCDS 2030 yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ia bukan sahaja penting untuk difahami oleh pelbagai pihak berkepentingan, orang ramai dan komuniti perniagaan, tetapi juga untuk meningkatkan imej global Sarawak secara positif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Forum Komunikasi 360 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, pada Khamis.

Menurut Abdullah, PCDS2030 yang berfungsi sebagai pelan hala tuju untuk mengubah lanskap ekonomi Sarawak menjadi sebuah wilayah yang maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Justeru itu, aspek membabit membabitkan naratif ekonomi, pembangunan dan sosial menjadi fokus utama untuk diperkasa susulan pelbagai dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Sementara itu, Pengarah MTP Hazel Jasni berkata, kerjasama strategik yang dilaksana oleh Insentia dan Magic People Thinking menawarkan penyelesaian inovatif serta strategi komunikasi kreatif yang dipertingkatkan.

“Saya mengharapkan kolaborasi ini akan meningkatkan komunikasi di samping menambah nilai maklumat yang disalurkan kepada masyarakat,” katanya.

Forum Komunikasi 360 memberikan pandangan praktikal daripada panel berhubung langkah untuk memaksimumkan kesan strategi komunikasi.

Forum tersebut menyediakan platform untuk perbincangan dinamik, sesi interaktif dan peluang rangkaian bersama pakar industri Zaidi Awang serta wakil media tempatan, Ronnie Teo dan Amirin Arsyan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan