Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berkata, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sedang dalam perundingan bagi merealisasikan hasrat kerjasama itu. Foto Awang Azmil (TVS)

Sarawak teroka kerjasama dengan negara Timur Tengah kendali industri gas

ByHafeezzur Muzamir

LIMBANG, 6 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan negeri ini merancang untuk bekerjasama dengan negara dari Timur Tengah bagi mengurus dan mengendalikan industri gas di Bahagian Limbang.

Abang Johari berkata, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sedang dalam perundingan bagi merealisasikan hasrat kerjasama itu.

“Limbang ada potensi untuk keluarkan gas. Sekarang ini Awang Tengah sedang berunding bersama pihak negara Timur Tengah yang mana mereka mungkin akan datang ke sini untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) bagi mengurus dan mengendalikan industri gas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Tebingan Sungai Limbang di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan