Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan kenderaan di Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai ini. Foto hiasan Envato

Parlimen: TEKUN Nasional luluskan pembiayaan RM3.3 bilion untuk usahawan

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Sejumlah RM3.34 billion pembiayaan telah diluluskan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional kepada 206,174 usahawan bagi tempoh 2020 hingga 2030, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R. Ramanan berkata, TEKUN Nasional juga telah menerima 246,626 permohonan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM5.7 billion bagi tempoh tersebut.

Katanya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional juga telah mengurangkan tempoh kelulusan pembiayaan dan pengeluaran serta mengurangkan keperluan dokumentasi permohonan.

Jelasnya, langkah itu diambil sebagai usaha membantu usahawan mikro mendapatkan skim pembiayaan.

“Keperluan dokumentasi permohonan dikurangkan daripada 17 dokumen kepada empat dokumen sahaja, iaitu salinan kad pengenalan pemohon, salinan daftar syarikat atau permit daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), gambar premis perniagaan dan salinan penyata kewangan,” katanya.

Ramanan menjawab soalan Datuk Muslimin Yahaya (Perikatan Nasional -Sungai Besar) mengenai statistik permohonan pinjaman diterima TEKUN daripada 2020 hingga 2023 serta jumlah permohonan yang telah diluluskan.

Katanya, tempoh kelulusan pembiayaan dikurangkan daripada 21 hari kepada tujuh hari bekerja manakala urusan penyaluran peruntukan dilaksanakan dalam tempoh tiga hari bekerja. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan