Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. Foto, Bernama.

Parlimen: RUU Profesion Kerja Sosial dicadang dibentang tahun ini – Nancy

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) di Parlimen pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan secara prinsip telah bersetuju dengan cadangan Penggubalan RUU berkenaan pada 2019.

Jelas beliau, KPWKM telah mengemukakan draf RUU berkenaan untuk semakan peringkat Jabatan Peguam Negara pada Jun 2021.

“Namun terdapat beberapa isu yang melibatkan perkara undang-undang dan dasar yang perlu diteliti semula untuk dimuktamadkan sebelum tindakan selanjutnya dapat diselaraskan.

“Kita berharap agar semua isu-isu yang dibangkitkan semasa penyelarasan antara agensi boleh diselesai dan dimuktamadkan mengikut perancangan kita,” katanya.

Nancy menjawab soalan tambahan Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (DAP – Bandar Kuching) yang ingin tahu bilakah kerajaan bercadang untuk membentangkan RUU PKSS dan adakah ia akan mengandungi peruntukan berkenaan dengan penubuhan sebuah badan kawal selia bebas dan keperluan kelayakan akaedemik minima untuk pendaftaran dan pensijilan pekerja-pekerja sosial.

Berkenaan badan bebas, Nancy menjelaskan, perkara berkenaan telah dicadang dan dimasukkan oleh KPWKM ke dalam draf asal RUU itu.

“Entiti itu nanti dihasratkan sebagai sebuah badan bebas untuk mengawal selia profesion Kerja Sosial, merangkumi pendaftaran dan perakuan amalan pekerja Sosial berdaftar serta penetapan dan pematuhan piawaian praktis dan pendidikan Kerja Sosial,” katanya.

Sementara itu Nancy turut memaklumkan, sebanyak RM308 juta telah diperuntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 bagi perbelanjaan emolumen kakitangan tetap.

Kata beliau, sehingga 28 Februari 2024, jumlah penjawatan tetap yang telah diisi di JKM adalah seramai 6,517 orang.

“Jumlah ini merangkumi kakitangan meliputi perkhidmatan sosial, skim perkhidmatan guna sama dan pegawai jawatan kader,” katanya.

Tambah Nancy, ketika ini JKM mempunyai seramai 592 orang kakitangan lantikan kontrak di bawah Skim Sosial dan berhasrat untuk menambah bilangan kakitangannya.

“Pada tahun ini juga, JKM mempunyai perancangan untuk melantik seramai 309 orang kakitangan kontrak pelbagai skim dan gred,” ujarnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan