Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Shahar (lima, kanan) bercakap dalam sidang media selepas perlantikan beliau sebagai Pengerusi BBC Kerajaan Perpaduan hari ini. Foto, Radzi Ahmad (TVS).

Parlimen: Mohd Shahar Abdullah dilantik Pengerusi BBC, Doris Sophia Bendahari

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah mengumumkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perpaduan (Backbenchers Club-BBC).

Kata Mohd Shahar, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (DAP) pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi.

“Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pula sebagai Setiausaha BBC manakala Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie pula diberi tanggungjawab sebagai Bendahari BBC,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jelas Mohd Shahar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan lain yang turut dilantik termasuklah Aminolhuda Hassan (AMANAH-Kota Belud), Lo Su Fui (Gabungan Rakyat Sabah -Tawau), Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN-Kota Belud), Datuk Wetrom Bahanda (KDM-Kota Marudu), Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau), Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran), Riduan Rubin (BEBAS-Tenom) dan Dato Verdon Bahanda (BEBAS-Kudat).

Mohd Shahar berkata, BBC akan berperanan sebagai badan semak dan imbang kepada pihak eksekutif kerajaan.

“Kita juga berperanan untuk memastikan keharmonian dan kesepaduan ahli-ahli parlimen kerajaan sepanjang urusan dalam dan luar Parlimen,” katanya.

Justeru, Mohd Shahar berkata BBC sentiasa terbuka kepada pihak luar yang ingin menyampaikan cadangan, pandangan atau kritikan berkaitan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat secara terus kepada ahli parlimen kerajaan untuk disuarakan di Dewan Rakyat.

Beliau memaklumkan BBC boleh dihubungi melalui email urusetiabbc@gmail.com atau urusetia, Encik Shafiq Mohd Ilias di talian 019-481 5857.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan