Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Lubok Antu,Roy Angau Gingkoi. Foto, TVS.

Parlimen: KPM digesa buka semula pengambilan calon guru Bahasa Iban

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) digesa untuk membuka semula pengambilan calon guru Bahasa Iban di sekolah rendah mulai tahun ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata, langkah berkenaan sebagai usaha mengatasi masalah kekurangan guru Bahasa Iban terlatih di Sarawak.

Menurutnya, ketika ini terdapat hampir 90,000 orang pelajar yang mengambil kelas Bahasa Iban di sekolah rendah dan menengah di Sarawak.

“Namun demikian jumlah keseluruhan guru yang mempunyai opsyen atau guru yang benar-benar terlatih untuk mengajar Bahasa Iban adalah kurang 500 orang.

“Pada masa yang sama, saya mendapat aduan bahawa tiada pengambilan guru dan tawaran kursus pada 2022 dan 2023 untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Iban di Institut Pengajian Guru Malaysia (IPGM) untuk mengajar di sekolah rendah di Sarawak,” katanya.

Roy Angau berkata demikian ketika membentangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, beliau juga berharap supaya KPM untuk mempertimbangkan cadangan dikemukakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas agar Unit Pengajian Bahasa Iban di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipIndahkan ke universiti awam di Sarawak.

“(Ini) bagi menyelesaikan isu kekurangan pensyarah Bahasa Iban di universiti di Sarawak dan juga sebagai langkah untuk melahirkan lebih banyak guru Bahasa Iban terlatih,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan