Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedai menjual barangan serbaneka jenis fabrik di Pekan Siburan, Batu 17 Jalan Kuching-Serian terbakar petang tadi. Foto BBP Siburan

Kedai jual barangan serbaneka di Siburan terbakar

BySafri Ali

KUCHING, 6 Mac: Kedai menjual barangan serbaneka jenis fabrik di Pekan Siburan, Batu 17 Jalan Kuching-Serian di sini, terbakar petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.25 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dengan bantuan BBP Serian ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan seunit kedai daripada lima unit untuk satu blok kedai tiga tingkat jenis kekal.

“Kebakaran memusnahkan keseluruhan bahagian tingkat bawah kedai melibatkan barangan serbaneka jenis fabrik manakala tingkat kedua hanya musnah lima peratus akibat asap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan mangsa.

“Pihak bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman secara offensive dan defensive dengan membuat fire break dengan menggunakan dua aliran 200 kaki tiga nozel di bahagian hadapan oleh pasukan dari BBP Siburan dan dua aliran 300 kaki dua nozel di bahagian belakang kedai oleh pasukan dari BBP Serian.

“Kebakaran dapat dipadamkan pada jam 4.45 petang, setelah memastikan keadaan selamat dan tiada lagi punca api naik semula, pasukan bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 5.30 petang.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan