Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Selangor semalam, berjaya dibawa naik dengan bantuan syarikat penyelenggaraan pesawat udara agensi itu kira-kira 12.15 tengah malam tadi. Foto APMM

Helikopter AW139 dibawa naik tengah malam tadi – APMM

ByBernama

PUTRAJAYA, 6 Mac: Helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa, Selangor semalam, berjaya dibawa naik dengan bantuan syarikat penyelenggaraan pesawat udara agensi itu kira-kira 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dalam kenyataan berkata pesawat itu kemudiannya dibawa berlabuh di jeti Pelabuhan Klang dan seterusnya ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) pada 3.30 pagi untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata helikopter dengan nombor pendaftaran M72-01 merupakan satu daripada tiga siri pesawat udara AW139 yang diletakkan di bawah Skuadron Phoenix, Bahagian Operasi Udara APMM yang diterima daripada kerajaan pada 2010.

“Mencatat rekod hampir lima ribu jam penerbangan, helikopter terbabit telah melaksanakan pelbagai misi penerbangan operasi seperti Op Naga, Op Kuda Laut, Op Pagar Laut, Op Benteng, Op Jangkar Haram, Op Patkor Optima, OpRedback dan lain-lain operasi penguatkuasaan.

“Selain itu, pesawat itu juga banyak terlibat dengan pelbagai misi Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang dikoordinasikan APMM,” katanya.

Beliau berkata pesawat itu juga telah digunakan untuk menyelamatkan lima orang pemancing yang terkandas akibat cuaca buruk di Pulau Batu Berantai di Barat Laut Pantai Remis, Jeram pada 2022.

Helikopter itu katanya juga sering membawa Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) bagi melakukan pendaratan paksa dan terbaharu ialah kejayaan membantu Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA) menahan sebuah kapal tangki berdaftar dari Iran yang disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Indonesia tahun lepas.

“Sepanjang 14 tahun perkhidmatan bersama APMM, pesawat itu turut terlibat beberapa siri pemindahan perubatan (MADEVAC) mangsa sama ada di pulau atau di pelantar minyak yang berada di perairan negara,” katanya.

Berhubung pendaratan cemas semalam, beliau berkata empat kru termasuk juruterbang yang terlibat dilaporkan stabil dan selamat.

“Kesemua mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh APMM semalam,” katanya yang memohon agar kesemua mereka diberikan ruang dan tidak diganggu oleh mana-mana pihak.

Semalam, Hamid menerusi kenyataan mengesahkan bahawa helikopter jenis AW139 kendalian APMM telah melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan