Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas SJ Management, Syahlan Jasmi bersama Peserta Miss Elegant Kids Sarawak 2024. Foto Syahlan Jasmi.

Aulia dan Syamimy, dinobatkan Miss Elegant Kids Sarawak 2024, Little Miss Elegant Kids Sarawak 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 6 Mac: Gelaran Mini Miss Elegant Kids Sarawak 2024 anjuran SJ Management baru-baru ini dinobatkan kepada Aulia Izzatunnisa dari Bau di Riverside Shopping Complex di sini.

Dikuti Althea Cassandra (Miri) di tempat kedua dan tempat ketiga Claire Abygel (Mukah).

Manakala bagi gelaran Little Miss Elegant Kids Sarawak 2024 dimenangi adik Syamimy Izzati (Lundu), tempat kedua Sarafina (Asajaya) dan diikuti Nurqariesya (Lawas).

Pengasas SJ Management, Syahlan Jasmi berkata, pertandingan berkenaan menampilkan 20 peserta yang terdiri daripada dua kategori umur iaitu Mini Miss (4 hingga 11 tahun) dan Little Miss (12 hingga 17 tahun).

Acara diikuti dengan peragaan gaun malam pilihan peserta masing-masing, persembahan catwalk daripada duta ratu-ratu cilik SJ Management iaitu Ammara Aisya, Zarazulaikha, Mia Arisha dan Melissa Izara.

“Bagi gelaran Subsidiary, Best Catwalk dimenangi adik Claire Abygel dan Syamimy Izzati, Best Make Up & Hairdo dimenangi Aisyah Nuha dan Syamimy Izzati, Best Photogenic dimenangi Balqis Anisah dan Erwina Glory, Best Evening Dress dimenangi Aulia Izzatunnisa dan Sarafina, dan Darling Of The Crowd dimenangi Fazlin Akma dan Khloe Velnea,” katanya.

Peserta Miss Elegant Kids Sarawak 2024. Foto Syahlan Jasmi.

Menurutnya, barisan juri terdiri daripada Arzida Mohamad, Juliet Malek, Marie Ann dan Mdm Magdalene.

Syahlan menambah kesemua pemenang masing-masing membawa pulang hadiah wang kemenangan, selempang, mahkota, hamper dan sijil selain semua peserta yang mengambil bahagian turut membawa pulang hadiah saguhati dan sijil penyertaan.

Syahlan dalam pada itu berharap acara sedemikian dapat diteruskan pada msa hadapan bagi mengembang bakat anak-anak ke peringkat lebih tinggi sama ada dalam kerjaya mereka atau bidang berkaitan.

Pertandingan itu telah ditaja oleh Riverside Shoping Complex, Zeeda Management Studio, Austin Car Accessories, ShTA Enterprise, Razz Couture, Cassandra Photography, Huayi Photography, FUJI, Borneo Art & Culture Legacy dan Bryano Resources Sdn Bhd. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan