Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan umat Islam berpindah ke simpanan Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meskipun dividen bagi kedua-dua skim, konvensional dan syariah, mencatat kadar yang sama iaitu 6.3 peratus buat pertama kali dalam sejarah. Foto fail Bernama

Akaun 3 KWSP: Jaring keselamatan kewangan tambahan pekerja

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Mac: Inisiatif Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bakal diwujudkan akan menjadi jaring keselamatan kewangan tambahan kepada pekerja.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Evan Lau berkata akaun tersebut akan memberikan kelonggaran kepada individu untuk mengakses simpanan dalam situasi kecemasan.

“Dana dalam akaun ini boleh dikeluarkan dengan cepat dalam situasi kecemasan. Ini membantu melindungi kestabilan kewangan individu dan keluarga dalam situasi yang tidak dijangka,” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurutnya lagi, dengan menyediakan kemudahan untuk simpanan tambahan melalui akaun ketiga, KWSP mampu menyokong matlamat pekerja untuk bersara dengan lebih selesa.

Beliau berkata dengan akaun itu, para pekerja dapat merancang kewangan yang stabil selepas bersara.

“Ia membolehkan pekerja menyimpan lebih banyak wang sebagai tambahan kepada simpanan wajib melalui dua akaun. Pekerja juga pilihan untuk melabur wang mereka dalam pelbagai instrumen kewangan yang disediakan oleh KWSP,” katanya.

Dr Evan turut memberi saranan kepada individu untuk mempertimbang dengan teliti implikasi jangka panjang dan keperluan pengeluaran daripada akaun ketiga bagi menjamin kesejahteraan kewangan yang mampan untuk masa hadapan.

Pada minggu lepas, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, KWSP dijangka mengumumkan inisiatif ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan