Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsul Jenderal Republik Indonesia, Raden Sigit Witjaksono mengadakan kunjungan hormat ke Astana Negeri Sarawak hari ini. Foto TVS

5,900 warga Indonesia di Sarawak dapat dokumen perjalanan sah tahun lalu

KUCHING, 6 Mac: Seramai 5,900 warga Indonesia di Sarawak telah mendapat dokumen perjalanan sah melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja ( RTK) 2.0 yang berlangsung sepanjang tempoh 1 Julai hingga 31 Disember tahun lalu.

Konsul Jenderal Republik Indonesia, Raden Sigit Witjaksono berkata, pihak konsulat Jenderal Repulik Indonesia (KJRI) komited untuk memberikan kerjasama terhadap pelaksanaan program sedemikian bagi mengurangkan jumlah warganegaranya yang bekerja tanpa dokumen perjalanan sah sehingga perlu dihantar pulang.

“Jika kita tidak bantu usaha pendokumentasian ini, ia akan menyebabkan lebih ramai warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah ditangkap sama ada kerana tiada dokumen, tinggal melebihi tempoh, kemasukan secara haram atau apapun yang berupa pelanggaran peraturan Imigresen yang perlu kita hantar pulang.

“Pada tahun 2022, kita sudah menghantar pulang seramai 3,300 warganegara Indonesia. Tahun lepas kita sudah mencatatkan seramai 4,000 pekerja asing yang telah dihantar pulang selama setahun. Ia menunjukkan peningkatan,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Raden berkata, antara indikator yang menyumbang kepada peningkatan warga Indonesia yang dihantar pulang pada tahun 2023 berbanding 2022 adalah rentetan pembukaan semula kemasukan tenaga kerja asing ketika situasi pandemik Covid-19 semakin pulih.

Bagaimanapun perkara itu katanya, membuka ruang bagi orang tengah atau ejen untuk mengambil kesempatan di atas kelonggaran berkenaan.

KJRI jelasnya, mengambil pendekatan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja Indonesia berkaitan prosedur, di mana mereka perlu melapor diri di Jabatan Tenaga Kerja Indonesia bagi proses merekrut oleh badan organisasi yang sah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan