Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi merakam kenangan bersama deligasi Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Selasa. Foto TVS.

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD)

KUCHING, 5 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) di Astana Negeri Sarawak hari ini.

Kunjungan tersebut diketuai Panglima Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi bertujuan untuk memperkenalkan diri dan mengemaskini perkembangan di kawasan sempadan Sarawak terutamanya faktor keselamatan.

Beliau berkata Tun Dr Wan Junaidi turut menyatakan hasrat agar kawasan tanggungjawab pasukan tentera darat di struktur semula supaya ia sejajar dengan fungsi dan juga tugas yang akan dilaksanakan.

Selain itu, pihaknya juga turut memberi perkembangan berkenaan pembangunan untuk tentera darat di Sarawak serta rancangan membina sebuah lagi kem askar di Bintulu.

Jelasnya, kem di Bintulu itu nanti akan menempatkan pasukan 31 Briged dan juga pasukan di bawah naungan.

“Beliau juga ada menyatakan hasrat untuk pasukan tentera darat ini distruktur dari kawasan tanggungjawab sebab kita pada masa ini kita ada 3 Briged dan 3 Briged itu telah pun dapat persetujuan daripada Panglima tentera darat untuk kita selaraskan.

“Kita juga memberi perkembangan tentang pembangunan tentera darat di Sarawak iaitu kita ada pembinaan satu kem di Batu Kawah iaitu Markas Pemerintahan Medan Timur dan kita juga dalam rancangan untuk membina sebuah kem di Bintulu yang akan diduduki oleh pasukan 31 Briged dan juga pasukan di bawah naungan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas kunjungan hormat kepada  Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak di sini pada Selasa.

Turut hadir, Panglima 1 divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, Panglima 3 Briged Jeneral, Adnan Hashim, Panglima 9 Briged Jeneral Ahmad Norzaini Badrun dan Panglima 31 Briged Jeneral Kamarulzaman Mohd Yunos. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan