Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi merakam kenangan bersama deligasi Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2024 di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Selasa. Foto TVS.

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi bakal sempurnakan penutupan Pesta Kaul 2024

KUCHING, 5 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri,  Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi dijangka menyempurnakan majlis penutupan Pesta Kaul 2024 pada 28 April depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2024, Abdul Yaakub Arbi, majlis berkenaan juga akan diserikan dengan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama warga Mukah di Tapak Pesta Kaul Mukah.

“Lawatan saya jumpa TYT adalah untuk mejemputnya datang bersama semasa penutupan 2024.

“Jadi acaranya adalah Keman Kaul bersama dan terus ramah tamah aidilfitri lah pada 28 haribulan April 2024 bertempatdi tapak pesta kaul Mukah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di Kuching pada Selasa.

Terdahulu, Pesta Kaul Mukah 2023 telah diadakan pada 26 April hingga 1 Mei 2024 di Tapak Kala Dana Mukah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan