Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri ditemui mati selepas dipercayai bergaduh dengan abang di kawasan kebun kelapa sawit di Pantai Remis, Manjung dekat sini hari ini. Foto PDRM.

Suami isteri mati dibunuh abang kerana berebut harta

ByTVS

IPOH, 5 Mac: Gara-gara perebutan harta, pasangan suami isteri ditemukan mati selepas berlaku pergaduhan dengan seorang abang di kawasan kebun kelapa sawit di Pantai Remis, Manjung dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 3.30 petang daripada seorang lelaki yang merupakan anak mangsa.

Katanya, pengadu memaklumkan bapa saudaranya telah bergaduh dengan adik lelaki dan isteri.

“Kejadian disyaki berpunca daripada perebutan harta yang menyebabkan berlaku pergaduhan antara kedua-dua mangsa berusia 60-an dengan suspek.

“Mayat pasangan itu telah ditemukan di dalam kebun kelapa sawit, manakala suspek berusia 60-an juga berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk dibedah siasat.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Asisten Superintendan (ASP) Ashazarul Khairi Ab. Hamid di talian 012-508 7026 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Sekayen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

Tags: bunuh, harta, maut

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan