Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aidel ketika meninjau perkembangan projek Jambatan Sungai Limbang hari ini. Foto TVS

Projek pembinaan jambatan utama di Sarawak dijangka siap 2025 – Aidel

LIMBANG, 5 Mac: Projek pembinaan jambatan-jambatan utama di Sarawak yang dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung 2025 akan meningkatkan lagi aksesibiliti dan mobiliti penduduk.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (Pembangunan Infrastruktur) Datuk Aidel Lariwoo berkata, kementeriannya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau ketat pelaksanaan dan perkembangan pembinaan jambatan-jambatan utama di negeri ini.

“Tahun ini dan tahun hadapan iaitu sekitar Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) projek jambatan-jambatan utama di Sarawak dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya,” katanya ketika ditemui media pada Lawatan Kerja dan Tinjauan ke Pembinaan Jambatan Sungai Limbang hari ini.

Antara jambatan yang rancak dibina katanya, termasuk jambatan utama menghubungkan jalan pesisir bermula jambatan Batang Rambungan yang ditamatkan kontrak asal dan kini dalam peringkat penilaian tender.

“Lapan jambatan kecil dari Sampadi Lundu telah disiapkan selain pembinaan Jambatan Batang Lupar satu di Sebuyau, Jambatan Batang Saribas satu dan dua di Pusa, Jambatan Batang Krian Saratok, Jambatan Rejang, Jambatan Batang Kemena di Bintulu, Jambatan Batang Sejingkat di Kuching dan sebagainya,” ujarnya.

Katanya, projek Jambatan Sungai Limbang yang bernilai RM187 juta itu kini mendahului dua peratus awal projek dan dijangka siap November tahun hadapan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan