Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif. Foto fail AFP.

Perdana Menteri baru Shehbaz jemput Anwar lawat Pakistan

ByBernama

NEW DELHI, 5 Mac: Perdana Menteri baru Pakistan Shehbaz Sharif menjemput Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon.

Anwar telah menelefon Shehbaz pada Isnin untuk mengucapkan tahniah kepadanya kerana dilantik Perdana Menteri ke-24 Pakistan.

“Perdana Menteri telah mengundang Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melawat Pakistan. Sambil menerima undangan itu, Perdana Menteri Malaysia juga telah menjemput PM Shehbaz Sharif untuk melawat negaranya,” lapor agensi berita negara itu Associated Press of Pakistan (APP).

Kedua-dua mereka menekankan kepentingan pertukaran tingkat tinggi secara berkala untuk membina hubungan yang lebih utuh antara Pakistan dan Malaysia.

Selain hubungan bilateral, kedua-dua pemimpin juga membincangkan situasi di Gaza, menurut laporan APP.

Shehbaz menghadapi cabaran berat untuk menstabilkan ekonomi dan menenangkan ketegangan politik antara kerajaan gabungan yang dipimpin oleh parti beliau Liga Muslim-Nawaz (PML-N) dan pembangkang Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) bekas perdana menteri Imran Khan.

Tiada parti yang mendapat majoriti mudah di Dewan Perundangan selepas pilihan raya 8 Feb lepas.

Shehbaz dipilih ke jawatan tertinggi pada Ahad dengan sokongan daripada parti-parti lain, termasuk Parti Rakyat Pakistan (PPP). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan