Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan dicadangkan merangka lebih banyak inisiatif dan program untuk meringankan beban rakyat di kawasan luar bandar yang turut terkesan dengan kenaikan kos sara hidup. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Rakyat luar bandar turut terkesan kenaikan kos hidup – Richard Rapu

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Kerajaan dicadangkan merangka lebih banyak inisiatif dan program untuk meringankan beban rakyat di luar bandar yang turut terkesan ekoran kenaikan kos sara hidup.

Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu berkata, peluang sama rata perlu diwujudkan dan bukan hanya memberi tumpuan kepada bandar sahaja.

Ini kerana kata beliau rakyat di kawasan lain termasuk Betong turut terkesan.

“Betong sangat berharap agar program-program utama merentasi pelbagai kementerian, strategi dan pendekatan berbentuk intervensi dan mitigasi perlu dilaksanakan dengan ikhlas bagi menangani pelbagai isu dan kesan berkaitan kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Usul Junjung Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Richard berkata, rakyat mengharapkan peruntukan RM58.1 bilion dalam Belanjawan 2024 dapat digunakan sebaik mungkin untuk tujuan bantuan kos sara hidup.

“(Betong) menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan bahawa jentera kerajaan mestilah meningkatkan kecekapan dan prinsip kerja berintegriti serta elakkan ‘red tape’.

“Sudah tentu dengan kecekapan proses kerja dan tadbir urus yang baik, segala inisiatif bagi menangani isu kos sara hidup akan berjalan lancar dan (seterusnya) mencapai tujuan yang diharapkan,” katanya.

Sementara itu, Richard Rapu juga mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula pemberian subsidi serta insentif dan mentransformasikan kaedah pertanian dalam usaha meningkatkan pengeluaran serta mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.

Jelasnya, ini kerana polisi itu tidak banyak membantu peningkatan hasil pertanian apabila imbangan perdagangan sektor itu menunjukkan jurang yang besar antara nilai eksport and import.

“Sebagai contoh, pada 2019, eksport bahan makanan berjumlah RM34 billion manakala import RM51 billion dengan imbangan perdagangan sebanyak RM17 billion.

“Ia meningkat pada 2020 kepada RM22 billion dan RM25 billion pada 2021 dan RM31 billion pada 2022,” katanya.

Sehubungan itu Richard mencadangkan agar kerajaan meningkatkan pelaburan ke arah penggunaan teknologi dan melaksanakan penjajaran semula insentif lain secara berperingkat untuk perbelanjaan pembangunan lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan