Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS baru-baru ini menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs Peringkat Negeri Sarawak dengan tema "Tiada Yang Terpinggir". Foto AFP.

Parlimen: Petronas disaran bina stesen minyak khas di Lawas

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dicadangkan supaya membina satu stesen minyak khas di Lawas untuk membekalkan minyak tanpa subsidi kepada pemilik kenderaan dari Brunei dan Indonesia yang ‘tersangkut’ di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Mengkalap.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata, ini kerana kemasukan pelawat dari luar ke Lawas menyebabkan kesesakan di CIQ berkenaan.

“Dalam keadaan sedemikian, kadang kala berlakulah kehabisan minyak kenderaan asing dan pemiliknya tidak dibenar mendapatkan bekalan minyak bersubsidi di Lawas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul Junjung Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Henry Sum turut meminta agar infrastruktur terutamanya jalan dan kemudahan awam dipertingkatkan untuk menarik lebih ramai pelancong dari Brunei dan Indonesia ke Lawas.

“Saya merayu kepada kerajaan agar mempercepatkan pelaksanaan jalan dari Lawas ke sempadan Indonesia di Long Midang dengan Ba’Kelalan di Sarawak serta naik taraf jalan sedia ada yang menghubungkan dengan Brunei,” katanya.

Henry juga menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pembesaran lapangan terbang sedia ada untuk menyelesaikan masalah kesulitan kapal terbang mendarat serta memberikan ruang dan kemudahan khas bagi penumpang.

Tambah Henry, siapnya projek pembangunan seperti Lapangan Terbang Lawas yang baharu, Pelabuhan Laut Dalam di Pulau Sari, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lawas serta Sarawak Sabah Link Road (SSLR) Lawas akan memberi impak positif kepada ekonomi Lawas.

“Rakyat Lawas mengharapkan agar pelaksanaan projek-projek tersebut dapat berjalan lancar dan direalisasikan secepat mungkin,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan