Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa. Foto, Bernama.

Parlimen: Peningkatan perhubungan pengangkutan mampu rancak ekonomi Labuan

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Peningkatan perhubungan pengangkutan sama ada melalui darat atau udara dikenal pasti mampu merancakkan ekonomi Labuan, kata Dr. Zaliha Mustafa.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berkata, selain itu terdapat beberapa inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk memacu pertumbuhan pulau berkenaan seperti digariskan dalam Kajian Struktur Labuan 2040.

Kata beliau, inisiatif lain termasuk meningkatkan kualiti perkhidmatan feri antara Sabah dan Labuan melalui naik taraf fasiliti, menambah bilangan pengendali feri dan kekerapan perjalanan serta mengkaji keperluan menambah baik laluan feri untuk memendekkan masa perjalanan.

“Kita juga mencadangkan penambahan destinasi penerbangan domestik dan antarabangsa serta membangunkan fasiliti kargo udara yang baharu bagi menampung pertambahan aktiviti kargo,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Perikatan Nasional – Labuan) yang ingin tahu rancangan kerajaan untuk meningkatkan kembali ekonomi Labuan sebagai kawasan pertubuhan pelaburan.

Sementara itu, menjawab soalan asal Suhaili mengenai masalah bekalan air dan elektrik serta status program yang akan diadakan di Labuan, Dr Zaliha berkata, kerajaan kini sedang berusaha membangunkan dan meningkatkan infrastruktur bekalan air dan elektrik di Labuan melalui agensi berkaitan.

“Antaranya, cadangan stesen jana kuasa baharu yang berkapasiti 100 hingga 130 megawatt yang akan mula beroperasi pada tahun 2028, serta program menaiktaraf dan penggantian sistem bekalan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan