Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 58 mangsa banjir daripada 13 keluarga di Sarawak masih berlindungi di 2 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi susulan banjir dan ribut yang melanda Sarawak. Foto fail TVS.

Mangsa kekal 58 di dua PPS di Serian, Bintulu

ByAmirah Shawel

KUCHING, 5 Mac: Seramai 58 mangsa banjir daripada 13 keluarga masih berlindungi di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi susulan banjir dan ribut petir yang melanda Sarawak.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, trend semasa jumlah mangsa banjir adalah kekal sejak Isnin petang.

PPS yang terlibat adalah sebuah di Dewan Kampung Slabi Entukuh, Serian yang menempatkan 44 mangsa daripada sembilan keluarga yang terjejas akibat banjir.

Sementara itu, satu PPS dibuka di Bintulu akibat ribut yang menempatkan 14 mangsa daripada empat keluarga.

Manakala tiga PPS telah ditutup pada Isnin iaitu Balai Raya Kampung Melayu Balai Ringiin, Dewan Serbaguna Kampung Ensebang Padang Bilon dan Dewan Serbanguna Kampung Mundai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan