Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Eight people in Morocco have died and dozens of others were hospitalized after drinking homemade liquor, the health ministry said on Wednesday. Photo Envato

Lelaki meninggal dunia semasa daki Gunung Baling

ByBernama

BALING, 5 Mac: Seorang lelaki berusia 39 tahun meninggal dunia semasa melakukan aktiviti mendaki Gunung Baling dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.13 tengah hari memaklumkan keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri di atas gunung itu.

“Maklumat awal diterima mendapati seorang mangsa dipercayai tidak sedarkan diri selepas mendaki gunung bersama rakan-rakannya dan anggota bomba bertindak mendaki gunung bagi mendapatkan mangsa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba kemudian berjaya membawa mangsa turun ke kaki gunung namun lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Mangsa mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan