Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa yang lemas dihantar ke Hospital Lawas. Foto Polis Lawas

Kebimbangan ayah terjawab, jumpa mayat anak lemas di sungai

LAWAS, 5 Mac: Kebimbangan  seorang ayah kehilangan anaknya terjawab selepas menemui mayat anaknya dalam keadaan terlentang di tebing sungai dipercayai lemas ketika menjaring ikan di Sungai Suang Trusan di sini, malam tadi.

Mayat Eddy Geriso, 40, dari Kampung Murud Suang, Trusan ditemukan dalam keadaan terlentang terbaring di tebing sungai Suang kira-kira jam 10 malam selepas gagal pulang ke rumah sejak Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, berdasarkan keterangan bapa mangsa, anaknya telah keluar dari rumah pada jam 10 malam Sabtu lepas untuk menjaring ikan di Sungai Suang berdekatan rumahnya.

“Selepas menyedari anaknya tidak balik ke rumah, ayah mangsa pergi ke Sungai Suang untuk mencari anaknya.

“Ketika mencari di sungai itu, ayah mangsa melihat mayat anaknya dan bergegas ke balai polis Lawas untuk membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Lawas telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan terlentang di tebing sungai.

Katanya, pihak hospital mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Lawas untuk pemeriksaan selanjutnya sebelum dibawa ke rumah mayat Klinik Trusan, Lawas.

Hasil siasatan awal katanya, mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu yang masih dalam siasatan pihak polis. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan