Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan pendaratan cemas ketika latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi, hari ini. Foto Bernama.

Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini

ByBernama

KUALA SELANGOR, 5 Mac: Bangkai helikopter jenis AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melakukan pendaratan cemas di perairan Pulau Angsa di sini pagi tadi, dijangka dibawa keluar dari lokasi kejadian lewat petang ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, DSP Mohd Ambia Nordin berkata, sehingga kini, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.

“Saya telah ke lokasi kejadian dan kita menugaskan lapan anggota polis membantu APMM membuat kawalan keselamatan di lokasi kejadian.

“Kawalan keselamatan dibuat bertujuan mencegah orang awam daripada menghampiri lokasi kerana bangkai pesawat masih berada di sana dan di lokasi juga terdapat tumpahan minyak,” katanya kepada pemberita di Jeti Pasir Penambang selepas meninjau lokasi insiden.

Terdahulu, APMM mengesahkan helikopter jenis AW139 milik agensi itu melakukan pendaratan cemas ketika menjalani latihan menyelamat di perairan Pulau Angsa, Selangor pada 9.55 pagi namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pesawat yang diterbangkan oleh Leftenan Komander (M) Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria turut disertai Leftenan Komander (M) Mohamad Azrol Saidi bersama kru udara Pegawai Waran I (M) John Ibno serta perenang penyelamat Bintara (M) Muhamad Nurhayyat Hashim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan