Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara penagih dadah yang ditahan oleh pihak berkuasa di Sarawak tahun ini. Foto, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

Dadah: Dua buruh diberkas di Mukah

ByDayu Adruce

MUKAH, 5 Mac : Dua buruh diberkas kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi polis di simpang Mateding Jalan Mukah – Balingian, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Polis (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, dua lelaki tempatan berusia 28 tahun itu, ditahan sejurus polis menjumpai dadah di atas tempat duduk penumpang hadapan kereta yang dinaiki mereka.

Katanya, hasil pemeriksaan polis menjumpai satu keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 0.26 gram.

“Hasil ujian urin mendapati penumpang kereta positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine manakala pemandu pula negatif .

“Dadah dan kenderaan dirampas untuk dijadikan barang kes. Kes disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) akta yang sama iaitu boleh dipenjarakan selama tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih RM 100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes juga disiasat di bawah seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM 5,000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

“Kedua-dua suspek ditahan di lokap balai polis Mukah untuk tindakan lanjut,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan