Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah pikap yang dinaiki empat beranak terbabas dan merempuh pokok di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, pagi tadi. Foto Bomba

Bapa maut, 3 anak cedera, pikap rempuh pokok

BySafri Ali

SIBU, 5 Mac: Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah pikap yang dinaiki empat beranak terbabas dan merempuh pokok di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang maut dikenali Joseph Tuah Lawrence,35, pemandu pikap berkenaan, tiga mangsa yang cedera ialah dua anak perempuannya berusia lapan dan 12 tahun dan anak lelaki berusia empat tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.30 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati tiga mangsa masih tersepit di dalam kenderaan tersebut. Difahamkan seorang mangsa wanita telah tercampak keluar dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

“Pihak bomba bertindak menggunakan hydraulic rescue tools dan winch untuk kerja-kerja penstabilan, pemotongan dan membuka ruang untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang berjaya dikeluarkan kemudiannya diserah kepada pihak ambulans dan polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan