Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari santuni Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi siri Program Peduli Veteran (PPV). Foto KP JHEV ATM (FB)

Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV

ByBernama

LANGKAWI, 4 Mac: Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran (PPV) yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga, terutama yang daif serta menghidap penyakit kritikal.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memaklumkan empat veteran ATM tidak berpencen disantuni Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dalam program peringkat Kedah semalam dengan diiringi Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), Mejar Jeneral Zambery Jefry Darus.

Pada tahun ini, PPV ATM akan terus menumpukan kepada lima aspek utama iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan dan pemerkasaan golongan veteran.

“Pengisian PPV merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukan bantuan dan mengalami sakit kritikal, uzur serta hidup dalam keadaan daif,” menurut kenyataan itu.

“Turut diserahkan semasa ziarah ialah bantuan peralatan pesakit seperti katil pesakit, kerusi roda, tongkat, lampin pakai buang dan susu serta penyampaian sumbangan wang tunai dan kotak makanan” menurut kenyataan itu.

Sempena PPV semalam, Adly turut menjejaki usahawan veteran ATM yang menceburi perniagaan iaitu Muhammad Jaafar yang menjadi agen jualan kerepek pisang dan Mohd Azam Ibrahim yang mengusahakan warung makanan di Kampung Bubor, Temonyong di sini.

Inisiatif jejak usahawan veteran ATM itu juga merupakan antara usaha untuk mengenal pasti usahawan veteran ATM bagi mengumpul data selain menyampaikan bantuan serta mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka melalui platform media sosial JHEV.

Turut disantuni ialah Arif Abd Rahman, 61, dari Kampung Penarak, Kuah di sini serta isteri Noriah Ahmad, 60, yang menghidap penyakit kencing manis sehinggga menyebabkan tumit kanannya dipotong.

Menurut kenyataan itu, veteran tersebut bekerja sebagai nelayan dan merupakan penerima Bantuan Sara Hidup JHEV ATM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan