Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan Setiausaha-Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak membuat laporan polis terhadap Bozz Jebat di Balai Polis Satok, Kuching, baru-baru ini. Foto Alex Teo (TVS)

Perlekeh Premier Sarawak, polis rakam kenyataan Bozz Jebat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Polis mengesahkan telah merakam keterangan Bozz Jebat atau nama sebenarnya Zool Amali Hussin bagi membantu siasatan ke atas 45 laporan polis berkaitan dakwaan menghina Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuching telah memohon bantuan dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) untuk merakam percakapan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban itu.

“Unit USJT telah menggunakan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras untuk merakam percakapan Zool Amali bermula dari 1.45 tengah hari sehingga 3.40 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bozz Jebat didakwa telah mengeluarkan kenyataan biadap dengan merendah-rendahkan Abang Johari menerusi sebuah video berdurasi empat minit yang dimuat naik seorang individu di laman sosial, 29 Feb lepas.

Zam Halim berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, media melaporkan laporan polis telah dibuat Setiausaha Politik Premier Sarawak John Nyigor di Balai Polis Satok, Kuching terhadap “Bozz Jebat” yang turut didakwa mengeluarkan kenyataan di dalam video itu seolah-olah Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan