Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden itu berlaku pada ketinggian 31,000 kaki, kira-kira 70 batu utara San Francisco. Foto hiasan, Envato.

Parlimen: Tiket ke Australia, Jepun lebih murah berbanding ke Sarawak

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Isu harga tiket penerbangan yang mahal antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung Malaysia terus dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, beliau bersetuju dengan perkara yang disuarakan oleh Ahli Parlimen Serian, Dato Sri Richard Riot Jaem pada minggu lepas.

” Ada kalanya harga (tiket penerbangan) terlalu mahal hingga tidak masuk akal sama sekali.

“Tiket ke Jepun dan Australia pun adakalanya lebih murah daripada tiket sehala ke Sarawak terutama semasa musim perayaan,” katanya ketika membentangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Menurut Mohamad Shafizan, keadaan ini amat membebankan semua pihak termasuklah para penuntut universiti dari Sarawak yang perlu pulang sama ada untuk cuti semester atau untuk urusan kecemasan.

“Saya juga difahamkan ramai perantau dari Sarawak, terutama yang telah berkeluarga hanya dapat balik sekali dalam tempoh beberapa tahun kerana harga tiket yang mencecah ribuan ringgit.

“Maka saya berharap agar akan ada solusi jangka panjang oleh Kementerian Pengangkutan bagi menyelesaikan isu ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan