Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dion Johan Chai Cools (dua, kiri) merupakan antara pemain warisan yang mewakili Malaysia pada Piala Asia yang lalu. Foto, Bernama.

Parlimen: Pemain naturalisasi tingkat mutu bola sepak negara

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Kehadiran pemain naturalisasi telah mewujudkan persekitaran yang kompetitif kepada bola sepak negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, pemain kategori itu juga memberi persaingan kepada pemain tempatan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan.

“Di samping itu, mereka juga membantu mutu permainan bola sepak Malaysia yang dapat dilihat menerusi peningkatan ranking antarabangsa (ranking FIFA) sekarang,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Adam Adli menjawab pertanyaan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau – Pakatan Harapan) yang meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan jumlah pemain yang diberi kewarganegaraan bagi mewakili Malaysia dalam Piala Asia baru – baru ini.

Jimmy Puah juga ingin tahu usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memajukan sukan bola sepak dan adakah dasar naturalisasi akan diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Adam Adli memaklumkan, berdasarkan rekod penyertaan pada Piala Asia baru – baru ini, empat pemain naturalisasi dan tujuh pemain warisan berdarah Malaysia disenaraikan.

“FAM telah menghentikan program naturalisasi buat sementara waktu (namun) kelab bola sepak di bawah Malaysia Football League (MFL) masih boleh meneruskan langkah ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Adam Adli turut memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama  Persatuan FAM  mewujudkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara sejak 2014 dengan fokus peringkat tujuh hingga 17 tahun.

“Usaha ini merupakan pelan strategik jangka panjang bagi menghasilkan pemain generasi baharu bola sepak Malaysia yang boleh bersaing ke peringkat Asia, dunia dan insya-Allah layak ke Piala Dunia,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini progarm berkenaan melatih seramai 16, 228 pemain yang dilatih oleh 767 jurulatih di 63 pusat latihan daerah, 14 buah sekolah sukan negeri serta Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan