Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek melawat sekolah daif di Sarawak tahun lepas. Foto, Facebook Fadhlina Sidek.

Parlimen: Berapa jumlah sebenar sekolah daif di Sarawak?

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) diminta menjelaskan jumlah sebenar sekolah yang berada dalam kategori daif di Sarawak.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli berkata, ini kerana terdapat kekeliruan mengenai perkara itu berdasarkan maklumat ‘rasmi’ sebelum ini.

“Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada 26 Januari 2024 mengumumkan sebanyak 693 daripada 1,069 buah sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak, telah dibaik pulih.

“Ini bercanggah dengan laporan Ketua Audit Negara 2022 yang menyatakan 386 daripada 1,505 buah sekolah daif di seluruh negara telah dinaik taraf dengan Sarawak memiliki jumlah tertinggi iaitu 593 buah sekolah daif, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Mohamad Shafizan berkata, beliau membangkitkan perkara itu kerana tidak mahu ada sekolah daif yang tercicir daripada senarai kementerian terutamanya bagi sekolah di luar bandar dan pedalaman.

Sementara itu beliau turut meminta penjelasan KPM mengenai status terkini projek gantian baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau yang telah diluluskan sejak Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) pada 2016.

“Projek tersebut sepatutnya ditender semula pada awal tahun ini seperti yang diumumkan oleh KPM pada September tahun lepas.

“Sudah hampir lapan tahun berlalu dan setiap hari para pelajar dan guru terpaksa menggunakan bangunan yang sudah usang dan tidak selamat untuk digunakan.

“Sampai bilakah ianya dapat diselesaikan?” soalnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan