Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 2,113 kekosongan jawatan guru sekolah di Sarawak setakat ini belum terisi.Foto fail, Bernama.

Parlimen: Agensi kerajaan berdepan masalah kelunturan kepercayaan orang ramai

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 4 Mac: Kerajaan mengakui beberapa agensinya berdepan masalah kelunturan kepercayaan (trust deficit) daripada orang ramai sehingga menyebabkan mereka tidak berminat untuk membuat aduan salah laku.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, kepercayaan orang ramai kepada agensi kerajaan juga tidak berada pada tahap yang diharapkan.

Sehubungan itu katanya, menerusi pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711), kerajaan berharap dapat meningkatkan kecekapan menerima aduan secara berintegrasi.

“Akta 711 digubal bertujuan untuk memerangi rasuah dan salah laku dengan menggalakkan dan memudahkan pemberi maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar, melindungi orang yang membuat pendedahan daripada tindakan yang memudaratkan dan memastikan supaya pendedahan itu disiasat dan diuruskan dengan sewajarnya,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kulasegaran berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor – Pakatan Harapan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk menambah baik Akta 711 untuk menggalakkan lebih ramai tampil melaporkan kegiatan rasuah.

Mengulas lanjut, Kulasegaran berkata pindaan berkenaan dijangka mampu mewujudkan suasana neutral, lebih telus dan berkecuali dalam mengendalikan semua aduan pelakuan tidak wajar daripada pemberi maklumat.

Beliau menambah, cadangan pindaan berkenaan juga melibatkan penubuhan sebuah agensi berpusat yang khusus dengan latihan dan tatacara pengendalian yang khas kepada perlindungan pemberi maklumat serta mampu menyelesaikan kesemua perkara berkaitan Akta 711.

“Saya percaya pindaan Akta 711 membolehkan kerajaan memperkasa urus tadbir yang baik dan meningkatkan keyakinan rakyat dalam usaha membanteras rasuah secara keseluruhan bagi mencapai matlamat tatakelola yang baik dan membanteras rasuah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan