KUCHING, 4 Mac: Sebanyak tiga masjid dan lima surau di Zon Bako menerima sumbangan dana fasa satu dan Ramadan berjumlah RM30,000.
Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri semalam.
Setiap masjid akan menerima dana sumbangan masing-masing sebanyak RM5,000, manakala untuk surau pula akan menerima dana sumbangan masing-masing RM3,000.
Dana tersebut merupakan sumbangan fasa satu  untuk setiap masjid dan surau menjalankan aktiviti pada bulan Ramadan yang akan datang.
Antara masjid dan surau yang menerima dana tersebut ialah Masjid Awalul Hayat Kampung Selabat, Masjid Darul Ehsan Kampung Sejingkat, Masjid Imaduddin Kampung Bako Indah, Surau Darul Ibadah Kampung Bako Hulu, Surau Darul Ibadah Kampung Sejingkat Hilir, Surau Nurul Salihin Kampung Hijrah Bako, Surau Sedar Ibadah Kampung Bako Hilir dan Surau Darul Taqwa Jabatan Laut Wilayah Sarawak. – TVS