Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Manusia tertua di dunia, Maria Branyas Morera menyambut hari lahirnya yang ke-117 di Catalonia, Sepanyol, pada Isnin. Foto Guinness World Records (FB).

Manusia tertua di dunia sambut ulang tahun ke-117

ByBernama

OVIEDO (Sepanyol), 4 Mac: Manusia tertua di dunia, Maria Branyas Morera menyambut hari lahirnya yang ke-117 di Catalonia, Sepanyol, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.

Guinness World Records (GWR) memberinya gelaran orang tertua yang masih hidup pada Jan 2023, berikutan kematian wanita Perancis berusia 118 tahun, Lucile Randon.

Wanita itu dilahirkan di San Francisco pada tahun 1907 dan kembali tinggal bersama keluarganya di Sepanyol ketika beliau berusia lapan tahun.

Menurut Guinness, beliau telah tinggal di rumah jagaan yang sama selama 23 tahun yang lalu dan keadaan kesihatannya baik.

Selain masalah pendengaran dan pergerakan, Guinness berkata Branyas tidak mempunyai masalah kesihatan fizikal atau mental dan sedang menjalani ujian saintifik oleh penyelidik yang berharap untuk mendapatkan maklumat mengenai umur panjang.

Selain “nasib dan genetik yang baik,” Branyas mengaitkan umur panjangnya kepada “orde, ketenangan, hubungan yang baik dengan keluarga dan rakan, hubungan dengan alam semula jadi, kestabilan emosi, tidak risau, tiada penyesalan, bersikap positif dan menjauhi orang toksik.”

Menurut Guinness, Branyas kini merupakan manusia tertua yang disahkan hidup dalam sejarah.

Manusia tertua yang pernah disahkan ialah wanita Perancis Jeanne Calment yang hidup sehingga usia 122 tahun 164 hari. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found