Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menafikan laporan menyatakan 84 peratus kanak-kanak di Sarawak kekurangan zat.

Laporan 84 peratus kanak-kanak di Sarawak kurang zat mengejutkan Menteri

ByMuqri Aziz

KUCHING, 4 Mac: Laporan yang menyatakan 84 peratus kanak-kanak di Sarawak kekurangan zat adalah tidak tepat, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, laporan bertajuk ‘Feed A Child Today. Your Donation Fights Hunger, Nourishes Dreams’ adalah bertentangan dengan kajian Institut Kesihatan Negara pada 2016 dan 2023 yang masing-masing menunjukkan 19.4 peratus dan 15.6 peratus kanak-kanak di bawah lima tahun mempunyai berat badan di bawah paras normal.

“Di Sarawak, Kerajaan Negeri telah menyediakan geran khas tahunan untuk institusi awal kanak-kanak yang berdaftar sejak 2019,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Geran khas itu katanya dapat digunakan bagi membiayai program makanan seimbang dan sihat untuk kanak-kanak; pembelajaran dan pendigitalan bagi penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak; program pembabitan ibu bapa dan pembangunan profesional berterusan untuk pendidik dan pengasuh.

“Sejak 2019, geran ini telah membantu 13,716 institusi awal kanak-kanak dengan peruntukan RM68.84 juta,” ujarnya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan