Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni menyampaikan hadiah kepada juara keseluruhan. Foto TVS

Fasiliti sukan di Miri masih kurang memuaskan – Lukanisman

MIRI, 4 Mac: Fasiliti sukan seperti padang bola sepak di bandaraya Miri dilihat masih kurang memuaskan jika  dibandingkan dengan padang bola sepak di kawasan  yang lain.

Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, padang bola di sini perlu dinaik taraf supaya penduduk sekitar dapat bermain bola sepak dengan mudah dan selesa.

“Sudah pasti kita masih belum berpuas hati dengan keadaan bola sepak yang kita ada setakat ini. Walaupun kita ada banyak padang, tapi saya rasa padang kita masih belum menyamai lagi padang bola sepak yang ada di kawasan lain.

“Mungkin kita perlu padang sintetik atau padang futsal yang lebih berkualiti untuk menganjurkan pertandingan. Kita juga memerlukan padang yang mempunyai lampu limpah yang berfungsi supaya kita dapat bermain bola sepak, kalau boleh 24 jam supaya ada cukup cahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penangguhan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bolasepak Liga Quaxa Bahagian Miri semalam.

Katanya,pihak wakil rakyat Miri perlu bekerjasama dengan agensi-agensi pusat dan kerajaan bagi membangunkan fasiliti sukan di Miri supaya dapat menjadi salah satu hub sukan bola sepak di Sarawak.

Beliau juga memohon perhatian dari Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii untuk memberikan lebih sokongan kepada pembangunan fasiliti sukan terutama padang bola.

Selaku Penaung Persatuan Bolasepak Bahagian Miri, beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada persatuan tersebut supaya dapat menganjurkan lebih banyak kejohanan bola sepak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan