KUCHING, 2 Mac: TV Sarawak menerima Anugerah Pingat Johan Bakti Setia (Anugerah Menteri Dalam Negeri) daripada Menteri Dalam Negeri, hari ini.
Anugerah berkenaan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group, Kushairi Abang bagi mewakili warga kerja stesen televisyen pertama milik Sarawak itu.
Terdahulu, majlis menyaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan anugerah berkenaan sempena Sambutan Hari Penjara Ke 234 Tahun 2024 di Penjara Puncak Borneo.
Difahamkan penganugerahan tersebut sebagai tanda menghargai jasa dan sumbangan TVS kepada Jabatan Penjara Malaysia. -TVS