Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya, hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Sarawak komited bangunkan Ekonomi Baharu, capai ‘Net Zero 2050’ – Awang Tengah

PUTRAJAYA, 2 Mac: Seiring dengan perlaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera oleh Kerajaan Malaysia Madani, Sarawak juga komited membangunkan Ekonomi Baharu terutamanya sektor ekonomi hijau.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata berlandas kepada pelaksanaan tersebut ia selaras dengan perkembangan dan hala tuju dunia dalam menangani perubahan iklim dan pemanasan global seperti mana yang digariskan di bawah Sustainable Development Goals (SDGs) dan Environmental, Social and Governance (ESG) Sarawak.

“Saya yakin, sumber tenaga hijau seperti tenaga hidro merupakan penggerak utama untuk mencapai aspirasi Net Zero 2050. Sarawak mempunyai potensi untuk menjana 20,000 MW tenaga hidro.

“Setakat ini kita telah membangunkan lebih kurang 5,625 MW di mana 70 peratus daripadanya adalah daripada sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Hasrat kita adalah untuk menjana 10,000 MW tenaga menjelang tahun 2030.

“Ini akan dicapai melalui hidro yang menggunakan pelbagai kaedah seperti cascading, biomass termasuk wood-pellet dan waste-to-energy, tenaga solar dan angin,” katanya dalam ucapan sempena Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya, hari ini.

Tambah Awang Tengah, Sarawak di bawah kepimpinan Premiernya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg telah berjaya menghasilkan Sustainable Aviation Fuel (SAF) melalui projek perintis di Kuching.

Jelasnya, SAF mempunyai potensi komersil melalui algae dan tumpuan akan diberikan untuk membangunkannya secara komersil bagi memenuhi keperluan SAF dalam industri penerbangan.

“Menurut Corporate ESG Report, 50 syarikat penerbangan utama dunia telah mensasarkan untuk menggunakan 11.4 bilion litre SAF setahun menjelang 2030.

“Sarawak juga berjaya menghasilkan hidrogen melalui loji di Kuching untuk kegunaan kenderaan hidrogen. Malahan projek Autonomous Rapid Transit (ART) yang sedang dalam pelaksanaan sekarang juga akan menggunakan hidrogen. Kita juga akan mengeluarkan hidrogen secara komersil untuk kegunaan domestik dan eksport melalui kerjasama SEDC dengan syarikat dari Korea Selatan dan Jepun,” katanya lagi.

Di samping itu, Awang Tengah berkata Sarawak juga menumpukan kepada carbon trading, carbon capture and storage (CCUS) di mana kita telahpun meminda Forest Ordinance and Land Code Ordinance pada 2022 untuk memudahkan pelaksanaan carbon trading dan aktiviti CCUS.

Malah katanya, pmbangunan tenaga adalah penting untuk menggerakkan semua aspek pembangunan lebih-lebih lagi di bidang ekonomi.

“Ia juga mempunyai banyak limpahan dari segi power generation, transmission, dan distribution termasuklah menwujudkan banyak peluang perniagaan dan perusahaan yang boleh diceburi oleh syarikat-syarikat Bumiputera termasuklah PKS kita.

“Melalui pembangunan ini, Sarawak berhasrat untuk menjadi hab tenaga hijau serantau yang mampu memenuhi keperluan pelabur daripada dalam (DDI) mahupun luar (FDI) bagi mematuhi garis panduan ESG, SDG dan Green Financing,” kata Awang Tengah lagi.

Untuk rekod, InvestSarawak telah menjalinkankerjasama dengan Alliance Bank Malaysia Berhad serta UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) untuk menyediakan pembiayaan hijau (Green Financing) berjumlah RM1 bilion kepada PKS di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan