Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beautiful Beginnings Bridal Fair tahun ini kembali diadakan dengan menawarkan pelbagai pakej perkahwinan. Foto Riverside Majestic Hotel

Pameran ‘Beautiful Beginnings’ bantu bakal pengantin serikan majlis perkahwinan

KUCHING, 2 Mac: Beautiful Beginnings Bridal Fair yang diadakan hari ini (2 Mac), menawarkan pelbagai pakej perkahwinan yang menarik untuk warga Bandaraya ini.

Menurut kenyataan penganjurnya hari ini, pameran itu diadakan di Riverside Majestic Hotel dari jam 10 pagi hingga 5 petang tadi.

Kenyataan juga meyakini pameran itu akan membantu bakal pengantin dalam perancangan acara dan dekorasi majlis mereka.

“Pameran turut memberi perkhidmatan studio pengantin, fotografi, percutian bulan madu, dan persembahan band secara ‘live’ untuk memeriahkan majlis anda.

Pesta pengantin tahun ini bersedia untuk menjawab segala persoalan dan memberi pandangan kepada pasangan dalam merancang majlis perkahwinan yang sempurna,” kata kenyataan itu.

Pameran berkenaan dianjurkan oleh Riverside Majestic Hotel dengan kerjasama Grand Margherita Hotel, Damai Beach Resort dan 16 lagi vendor perkahwinan terkenal lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan