Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Pengarah Datu Abdullah Julaihi mewakili Jabatan Tanah dan Survei Sarawak menerima Anugerah Emas AIGA di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya di sini semalam. Foto: JTS

Jabatan Tanah dan Survei Sarawak raih Anugerah Emas AIGA

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 2 Mac: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak julung kali menerima Anugerah Emas pada Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2023 anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya, pada Jumaat.

Menurut kenyataan Unit Perhubungan Awam Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak, kejayaan itu membuktikan komitmen dan kesungguhan Jabatan dalam pembudayaan dan amalan integriti serta tatakelola yang baik di Jabatan.

Penganjuran MTE kali ke-23 ini telah bejaya mengetengahkan sebanyak 368 inovasi dari pelbagai organisasi perkhidmatan awam, syarikat berasaskan inovasi dan teknologi, institusi pengajian tinggi, penyelidik dan para pelajar di peringkat sekolah.

AIGA 2023 juga telah menerima sejumlah 154 penyertaan dari agensi kerajaan dan swasta yang melibatkan dari 12 negara antaranya Indonesia, Arab Saudi, China, Iran, Hongkong, Poland, Singapura, Yemen dan Thailand serta Taiwan.

Selain JTS, 13 lagi projek inovasi dari agensi perkhidmatan awam lain turut menerima pingat emas, manakala untuk pingat perak sebanyak 17 inovasi dan pingat gangsa diberikan kepada lima projek inovasi.

Hadir bersama mewakili Jabatan pada majlis ini adalah Timbalan Pengarah Pengurusan JTS, Awang Zamhari Awang Mahmood, Timbalan Pengarah Operasi, Rozlan Putit dan Pegawai Integriti Bertauliah, Siti Romiza Romali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan