Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 di Penjara Puncak Borneo di sini hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Isu hina Premier Sarawak, Saifuddin percaya kebijaksanaan Dato Mancha dan pasukan kendali kes

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING. 2 Mac: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan kepercayaan beliau terhadap kebijaksanaan kepimpinan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata serta pasukannya dalam mengendalikan kes penghinaan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut Saifuddin, pihak polis akan menggunakan tiga punca undang-undang bagi mengendalikan kes-kes sedemikian, iaitu Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sama ada aduan telah dibuat, dia telah meminta maaf dan sebagainya, saya serahkan kepada pihak polis Sarawak untuk meneliti kalau aduan itu dibuat di Sarawak.

“Jika ada keperluan untuk memaklumkan, saya percaya kebijaksanaan Dato Mancha dan pasukannya untuk menjelaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjara ke-234 di Penjara Puncak Borneo di sini hari ini.

Terdahulu Bozz Jebat atau Zool Amali Hussin telah membuat permohonan maaf secara terbuka dengan memuat naik satu kenyataan di laman sosialnya berhubung tindakannya melemparkan kata-kata yang agak keterlaluan terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ujar Saifuddin lagi, sebarang hantaran yang dianggap jelek, penghinaan, fitnah, hasutan, adu domba dan seangkatan dengannya, akan dirujuk kepada tiga punca undang-undang tersebut.

Akta Hasutan 1948 akan digunakan khusus sekiranya penghinaan ditujukan kepada Institusi Raja-Raja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan