Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isteri Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail menamakan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan nama Kapal Maritim Tun Fatimah. Foto Chin Kah Joo (TVS)

Isteri PM namakan OPV1, KM Tun Fatimah

KUCHING, 2 Mac: Isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail menamakan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama (OPV1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah, hari ini.

Upacara penamaan pada petang tadi telah pun disempurnakan beliau di Jeti Lembaga Pelabuhan Kuching di sini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan nama Tun Fatimah berdasarkan  sifat keberanian srikandi berkenaan dalam menjaga bangsa dan kedaulatan tanah air.

“Tun Fatimah adalah tokoh srikandi dalam sejarah dalam negera kita yang menunjuk ciri-ciri kepimpinan yang sangat tinggi, keberanian dan hidupnya adalah untuk ke arah kebinaan soal bangsa dan tanah air. Jadi sejarah pejuangan fatimah itu dirakam terutama pada abah ke-16,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penamaan Kapal Peronda Luar Pesisir pertama yang dimiliki oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di sini pada Sabtu.

Jelas Saifuddin, APMM diamanahkan sebagai agensi yang memegang tugas hakiki mengawas keselamatan samudra yang sangat luas dari pesisir pantai sampai zon ekonomi eksklusif.

Justeru itu, beliau mengakui bahawa agensi berkenaan berdepan dengan risiko secara berterusan, seperti pencerobohan nelayan asing, penyeludupan senjata, dadah dan pedatang asing sekali gus menimbulkan suatu ancaman yang besar untuk negara.

Jadi, katanya kerajaan telah memberi keutamaan untuk meningkatkan keupayaan asset APMM, selain kapal, aset dalam bentuk lain seperti drone, helikopter dan lain-lain turut diambil kira.

“Menempatkan OPV Tun Fatimah ini di perairan di Sarawak adalah satu keputusan yang tepat kerana dalam tempoh belum pun sebulan beroperasi, ia telah berjaya menyekat pencerobohan nelayan asing iaitu dua buah bot nelayan asing Vietnam dengan kedudukan 210 batu nautika barat laut Mukah.

“Seterusnya lima hari kemudian pada 9 Februari, Tun Fatimah juga berjaya menangkap sebuat bot nelayan asing Indonesia di kedudukan 97 batu nautika utara Tanjung Po,” ujarnya.

Dua penahanan terbabit kata Saifuddin menjadikan APMM berjaya membendung gejala kecurian yang dianggarkan bernilai lebih RM3 juta dari nelayan asing.

Manakala bagi kes penahanan bot nelayan asing bagi tempoh 2019 hingga 2023, APMM berjaya menahan 533 buah bot nelayan asing yang menceroboh ke kawasan parairan negara, sehubungan itu beliau yakin dengan bantuan Kapal Maritim Tun Fatimah, ia akan menambah lagi kecekapan dan berkesanan operasi APMM selepas ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan