Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri, semasa melakukan penyerahan jualan telur kepada salah seorang pembeli. Foto TVS

FAMA Fest 2024 @ Sarawak sasar 25,000 pengunjung, setengah juta nilai jualan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Mac: FAMA Fest 2024 @ Sarawak yang berlangsung di Bintang Mega Mall, Miri bermula semalam hingga Isnin ini disasarkan meraih nilai jualan sebanyak RM500,000 dengan jangkaan kehadiran 25,000 pengunjung.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dalam kenyataan hari ini berkata seramai 34 usahawan pemasar yang terdiri daripada usahawan tempatan Sarawak dan Semenanjung, akan membuat jualan seawal pukul 10 pagi hingga 10 malam pada program empat hari itu.

Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata program edisi ketiga itu bertujuan mengetengahkan dan mempromosikan produk keluaran makanan usahawan tempatan kepada masyarakat tempatan khususnya di Miri serta penduduk negara jiran, Brunei.

Kenyataan sama memaklumkan FAMA Fest 2024 @ Sarawak juga berperanan sebagai medan pertemuan agensi kerajaan, para petani dan usahawan yang akan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan pada harga munasabah dan mampu dibeli oleh pengguna.

“FAMA Fest 2024 @ Sarawak ini turut mengadakan Jualan Agro MADANI bagi memudahkan para pengunjung mendapatkan barangan keperluan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai produk pertanian dengan harga penjimatan sehingga 30 peratus.

“Juga terdapat jualan 200 SKU (Stock Keeping Unit) produk agromakanan dan Kombo MADANI, padanan perniagaan melibatkan ejen pemasar dari Brunei, Thailand, Hong Kong, Kemboja, China dan pasaran tempatan (Emart dan Everrise) selain demo masakan dan pertandingan gubahan buah-buahan,” menurut kenyataan itu.

FAMA turut menyasarkan sebanyak 15 tan metrik jualan buah-buahan dan sayur-sayuran pada program itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan