Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemindahan mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sedang dipergiat oleh pihak bomba dan penyelamat. Foto: Bomba

Banjir: Tiga PPS telah dibuka di Kuching, Bau

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 2 Mac: Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kuching dan Bau berikutan banjir susulan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan sejak awal pagi tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, PPS terlibat adalah PPS Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, PPS Dewan Masyarakat Stapok, dan PPS Kampung Segong.

“Mangsa yang telah dipindahkan ke PPS telah meningkat seperti di PPS Dewan Kampung Segong (64), PPS Kampung Sinar Budi Baru (194) dan PPS Dewan Masyarakat Stapok (98),” katanya dalam kenyataan itu.

Keseluruhan mangsa yang dipindahkan ke PPS setakat ini sejumlah 370 mangsa.

Dalam pada itu, pihak bomba terus melakukan pemantauan banjir di sekitar Kuching seperti kawasan Padungan, Kota Samarahan, Bau, Lundu, Petrajaya, Serian dan Siburan.

Terdahulu sebuah PPS di Balai Raya Kampung Assyakirin, Bintulu telah dibuka pada Januari lepas dan 14 mangsa yang terjejas menunjukkan magsa yang tinggal kekal. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan