Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas melakukan tinjauan di Dewan Serbaguna Taman Malihah, di Kuching, hari ini. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Banjir di Sarawak hari ini tidak dijangka – Uggah

ByOdleen Catherny

KUCHING, 2 Mac: Bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Sarawak hari ini, situasi yang tidak dijangkakan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurut Timbalan Premier Sarawak itu, susulan negeri ini dilaporkan dalam keadaan cuaca yang baik sepanjang seminggu lepas.

Banjir: Tiga PPS telah dibuka di Kuching, Bau

“Semalam tiba-tiba hujan lebat, sebab itu beberapa tempat di Kuching banjir. Bukan hanya banjir, malah terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Di Kuching kita ada lima PPS, satu di Lundu, satu di Bau. Di Bintulu ada PPS tapi itu untuk mangsa ribut. Manakala, di Kuching yang paling banyak adalah mangsa dari Taman Malihah dengan 156 keluarga, 682 mangsa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Dewan Serbaguna Taman Malihah, di sini, hari ini.

Banjir: Mangsa di Bahagian Kuching meningkat kepada 1,257 orang

Sehubungan itu, Uggah mendedahkan semua agensi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dan Daerah kini telah pun digerakkan bagi memindahkan mangsa-mangsa yang terlibat.

Pada masa sama, Uggah berkata pihaknya juga kini di tahap siap siaga untuk membuka lebih banyak PPS sebagai usaha menangani situasi yang tidak dapat dijangkakan selepas ini.

“Memang dah ada, ada digazetkan, sekarang di peringkat persediaan, sebab kita memberi arahan lebih awal yang mana ketika Monsun Timur Laut, harus sentiasa bersiap siaga menyediakan semua PPS dan pusat membekalkan makanan. Kita ada menyediakan bungkusan makanan ‘ready-to-eat’ sementara menunggu pembekalan makanan yang disediakan,” jelasnya.

Beliau dalam pada itu, turut menggesa orang ramai untuk mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan